Saturday, 10 March 2012

Order from Syariza Illyani

Setiap kali diberi kepercayaan dari kawan2...saya rasa sangatlah teruja nak menjahit + mengaplikasikan apa yang terlintas difikiran..harap softies kali ni berjaya memikat hati kawan saya ni :) what a nice name...AFEERAH NUR RAISYA :D


Thursday, 19 January 2012

Order from Pn. Norida

Alhamdulillah akhirnya siap juga...room signages yg ditempah oleh kak Ida ni...penat dok pikiaq...last2 en google jugak membantu...yelah tak nak la sama dengan apa yang dah saya jahit selama ni..Harap kak Ida berpuas hati...


Dan ini pula untuk puterinya NAJIHAH







Saturday, 14 January 2012

Order from Nana

Softies kali ni ditempah oleh kawan Nana...Warna pilihannya kombinasi ungu dan merah jambu...oleh kerana stok warna ungu hanya ini saja yang ada...so saya aplikasikannya dengan merah jambu yang lebih cerah...Rekabentuk saya dapatkan dari bantuan Google...dan inilah hasilnya...

Softies
30 X 32cm

rm 35 > rm 50

Softies yang sebelumnya dihadiahkan untuk newborn KAISAH HADIRAH..

Friday, 13 January 2012

Order from Junainah

Tempahan yang ke 2 dari kak Jun, kali ni untuk RAFIQUE...idea datang saat-saat akhir...lama jugak macamana nak buat supaya tak klise..Harap kak Jun suka.
Saya sangat susah bila nak memadankan warna...yelah, kombinasi warna sangat penting supaya hasil kraf nampak menarik.Harap sangat lepas ni saya lebih bijak bermain dengan warna.

dan inilah dia hasil kerja saya terdahulu yang ditempah oleh kak Jun.

Saturday, 24 December 2011

Order from Mashytah

Car Sign kali ni khas untuk kawan saya Mashytah...teruja sebab kali ni tema untuk ibu mengandung...penuh dengan warna warni sebab baru saja beli felt dari ButtonPlanet Bpe.Tidak dinafikan sesuatu idea itu datang bila kita teruja dengan warna-warna yang menarik ni.Sayangnya signage ni hanya 5" X 5"..so space sangat limited.

Car Signs
5" X 5"
* suction hook included
rm 15 ( max 12 letter ) + rm 0.50 each for the next letter

Signage ke 2...jeng..jeng...
Simple dan tak sarat...saya sengaja tak letak apa-apa wording tambahan supaya boleh digantung dimana-mana selain kereta.

Thursday, 22 December 2011

Order from Kak Nora

Setelah lebih sebulan hari kelahirannya, maka barulah siap cover tissue box yang sesuai untuk kotak tisu segiempat tepat yang biasa mengandungi 170 - 200 helai tisu :) Harap hasil jahitan tangan saya disukainya :)



Bagi saiz begini harga bermula dari rm 40 > rm 50 dan 5 huruf pertama tidak dikenakan bayaran, dan huruf seterusnya rm 0.50 setiap satu.

simple kan? 1st time jahit nama direct pada felt.

rm 40 ( tissue cover box ) +  rm 5.50( extra letters )

Sunday, 4 December 2011

reBRANDing

Design 1

Adakah ini header blog ? atau call card ...hehe...comel ya? Ini adalah hasil kreativiti Uza dari Fun Felt. Pada mulanya saya minta dia buatkan logo...dan inilah hasilnya 3 in 1.

Design 2


Hasil design ke 2, font agak menarik...tapi rasanya ada bg polkadot lagi nampak sweet...

Design 3
Rasanya design yang ke 3 ni nampak sangat childish walaupun sangat comel....

dan inilah PILIHAN saya setelah penat cik Uza mengubah sana sini...taraaaaa~!!!

Finally, inilah pilihan saya.

* Cik designer harap tak marah saya publish hasil kerja awak di sini, jangan risau saya tak mungkin menggunakan hasil kerja awak jika tidak berbayar...lagi pula awak dah marking kan? hihi

Tuesday, 22 November 2011

Order from Yana

Tissue Box Cover
4.5" X 5"

rm 35

Sekarang mood "owl"...berbulan- bulan jugak nak cari idea...buatnya tak sampai satu hari pun...thanks kerana RELA menunggu..kali ni tissue box cover ditempah oleh Nurul Liyana...awalnya dia request "Angry Birds"...xadventure langsung ( ngeh..ngeh...padahal tak pandai buat )..tapi oklah tu, ada persamaan jugak..masih lagi kategori burung :P

Order Kak Mawar


Car Signs
5" X 5"
* suction hook included

rm 15
... ( max 12 letter ) + rm 0.50 each for the next letter

Kak Mawar request untuk letak nama ketiga-tiga puterinya, tapi saya ubah kepada "GIRLS ON BOARD" kerana saiz car sign ni hanya 5 inci...so tak muat selain dari tulisan pun xnampak jika terlalu kecil.Harap tuan punya suka :D

( masa diambil 8jam untuk menyiapkan ini...lembab mcm siput menjahit... )


TISSUE BOX COVER

gambar ni je yang ada...yang dah siap tak sempat upload memorycard dah rosak...terpatah :P

Thursday, 17 November 2011

Order from Liza


Car Accessories
6 X 6 cm
rm 15

Akhirnya hampir siap tempahan yang dah masuk 3 bulan ni...maklumlah cuti raya sampai ke raya haji...belum lagi cuti sebab anak-anak tak mengizinkan ^_^...as per request, Pn. Liza nak warna hitam + putih, tapi susah kte nak menggayakannya, tu yang tambah merah...design tak nak nampak budak-budak sangat..lama juga kte ambil masa nak fikir...atlast begini lah hasilnya..memang susah nak lari dari budak-budak punya tema...harap dia boleh terima...